Orang Asli Bateq bimbang keturunan pupus

Gambar kenangan Mohd Fadzli (kiri) bersama Hamdan sebelum Tok Batin itu meninggal dunia.
Gambar kenangan Mohd Fadzli (kiri) bersama Hamdan sebelum Tok Batin itu meninggal dunia.
A
A
A
GUA MUSANG - Masyarakat orang asli suku Bateq di sini bimbang krisis penyakit misteri yang dihadapi penduduk akan menyebabkan keturunan mereka pupus seperti mana berlaku kepada haiwan-haiwan di kawasan berkenaan.

Seorang penduduk Kuala Koh, Mamat Ong berkata, dia terlalu mengharapkan agar masalah yang dialami penduduk di situ menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, mereka tidak tahan lagi untuk menghadapi bencana yang berlaku sehingga terpaksa mengambil keputusan berpindah ke tempat lain yang lebih selamat.

“Satu demi satu mati. Jika kejadian serupa ini berlaku di depan mata kamu, adakah kamu mahu tengok sahaja tanpa berbuat apa-apa?” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan cari punca sebenar kematian orang asli

Menurutnya, penduduk sudah tiada pilihan lain selain berpindah tetapi tidak tahu ke mana harus dituju.

“Jika tiada tindakan daripada pihak berwajib secara drastik, komuniti kami akan pupus macam badak, tapir, gajah, rusa dan orang utan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Task force kesan, gali semula kubur 12 orang asli

Sementara itu, penghulu orang asli, Mamat Pokok berkata, orang pertama yang meninggal dunia dalam krisis ini ialah Tok Batin Kampung Kuala Koh, Hamdan Manis pada 25 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

“Tiga hari kemudian anaknya pula, Romi Hamdan meninggal dunia. Ketika itu, kita tidak tahu penyakit ini bahaya dan boleh merebak kepada orang lain. Kita ingatkan Tok Batin mati kerana sakit biasa.

“Tapi bila anaknya juga meninggal dunia dan kemudian berlaku dalam kalangan ahli keluarga lain, kami mula tertanya-tanya.

“Tolonglah, beritahulah kami dengan jelas, apa punca kematian ini. Kami nak tahu adakah ia penyakit wabak yang berpunca dari sumber air atau unsur lain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!