Beg tangan Carlo Rino tampil dengan warna menarik
Sejak dahulu, jenama itu cukup sinonim dengan mainan warna-warna pastel seperti merah jambu gelap, kelabu, merah jambu, biru muda dan krim.
Pada edisi terbaharu kali ini, ia masih diteruskan dengan mengekalkan saiz yang berbentuk kompak yang sememangnya menjadi kegilaan golongan muda dan wanita pertengahan.
Bentuknya yang bulat dan empat segi sesuai bagi mereka yang mempunyai selera yang berbeza.
Namun, kenalah bijak membuat padanan dengan gaya dan busana yang dipakai. Seperkara, talinya yang panjang padan digayakan sebagai beg silang atau galas.
Bagi penulis, beg jenama itu sangat sesuai digayakan dalam pelbagai busana sama ada untuk ke majlis keraian mahupun santai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!