Pramugara dan teman wanita direman

Suspek, 39, bersama teman wanitanya, 32, direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah kedai dobi di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.
Suspek, 39, bersama teman wanitanya, 32, direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah kedai dobi di Gong Badak, Kuala Nerus, Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pramugara bersama teman wanitanya direman empat hari bermula hari ini dipercayai memecah masuk sebuah kedai dobi layan diri di Gong Badak, Kuala Nerus, melibatkan kerugian RM30,000, Jumaat lalu.

Pendaftar Mahkamah Majistret, Roszita Md Saad membenarkan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 39 dan 32 tahun bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah kedai dijalankan.

Kejadian hanya disedari pemiliknya selepas menerima panggilan daripada pelanggan memaklumkan kedai dobi dipecah masuk, kira-kira jam 7.29 pagi.

Menurut sumber, seterusnya, kira-kira jam 8.30 pagi, pemilik kedai dobi yang beroperasi 24 jam itu bersama pekerjanya tiba di kedai sebelum melakukan pemeriksaan dan mendapati ada kesan dinding di sebelah mesin basuh berlubang.

"Kemudian, mereka masuk ke dalam bilik mesin tukar token dan mendapati ada kesan umpil pada mesin tersebut selain mendapati token serta wang kira-kira RM1,000 didalamnya tiada.

"Selain itu, mereka dapati modem internet kamera litar tertutup (CCTV) hilang. Anggaran kerugian kerana kerosakan mesin, modem internet CCTV serta kerosakan dinding lebih kurang RM29,000," katanya ketika ditemui.

No Image Caption

Sumber berkata, hasil semakan rakaman CCTV yang dipasang di dalam kedai bermula kira-kira jam 5.48 pagi hingga jam 7.20 pagi, hari kejadian, mendapati kelibat seorang lelaki dan seorang perempuan tidak dikenali melakukan perbuatan tersebut sebelum membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus.

Artikel Berkaitan:

Jelas sumber, bertindak atas maklumat risikan dan hasil rakaman CCTV yang diberi, kedua-dua suspek berjaya ditangkap kira-kira jam 1.35 petang di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai pramugara di sebuah syarikat penerbangan swasta memiliki dua rekod jenayah lampau iaitu jenayah pecah masuk rumah pada Mei lalu dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

"Manakala teman wanitanya memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 6(1) ADB.

"Turut dirampas bersama mereka termasuk satu beg guni yang berisi 198 keping syiling token bercetak 'Laundry Cafe', 19 keping syiling token bercetak 'Laundry Bar' dan enam keping token bercetak 'Token Pra'," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!