Yatt Hamzah gementar hamil anak keempat
PELAKON, Haryati Hamzah atau lebih dikenali Yatt Hamzah, 39, mengumumkan dia kini sedang hamil anak keempat.
Menurutnya, khabar baik itu diketahui pada akhir Ramadan lalu.
"Sempena mengambil keberkatan Syawal, bonda ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat dan followers. Bonda kini hamil anak keempat.
"Alhamdulillah minggu terakhir puasa baru sempat ke klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih," katanya.
Dalam pada masa sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu juga berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraannya.
"Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat serta kuat ya
"Amin Ya Rabb. OK sekarang ini, bonda nervous nak tambah satu lagi ni. Moga ALLAH permudahkan," ujarnya.
Untuk rekod, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang zuriat, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.
Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang zuriat perempuan iaitu Suci Hanania Malika, kini berusia tujuh tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!