Padah jual barangan tiruan

12
12
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan premis disyaki menjual barangan tiruan yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Jalan Gelugor, di sini terbongkar.

Serbuan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa negeri, Low Swee Hon berkata, tiga buah premis membabitkan sebuah stor dan dua kedai diserbu.

“Pemeriksaan mendapati premis ini dimiliki oleh warga tempatan.

“Pelbagai barang membabitkan beg tangan dan dompet jenama Louis Vuitton (799 unit), Gucci (180 unit), Yves Saint Laurent (80 unit), Chanel (341 unit) dan Balenciaga (7 unit) dipercayai tiruan dirampas,” katanya.

Beliau berkata, dianggarkan kesemua barang rampasan ini berjumlah RM56,376.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti tempoh masa premis terbabit beroperasi.

“Semakan juga mendapati salah sebuah premis ini pernah diserbu. Kita percaya barangan ini dibawa masuk dari negara luar sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!