'Bukan saya seorang pakai baju warna lain'

Status yang dimuat naik pihak tertertu mempertikaikan warna pemakaian Norhizam ketika bergambar bersama barisan Exco lain semasa lawatan kerja Dr Mahathir ke negeri ini semalam.
Status yang dimuat naik pihak tertertu mempertikaikan warna pemakaian Norhizam ketika bergambar bersama barisan Exco lain semasa lawatan kerja Dr Mahathir ke negeri ini semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee sekali lagi menjadi bahan kritikan di media sosial dan kali ini beliau dikaitkan dengan etika pemakaian.

Isu timbul apabila warna blazer yang dipakainya berbeza ketika bergambar bersama barisan exco ketika lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke negeri ini semalam.

Menerusi satu status yang dimuat naik di Facebook semalam menganggap perbuatan Exco berkenaan sebagai memalukan dan menuduh beliau tidak mengikut etika pemakaian kerana memakai pakaian berwarna kelabu sedangkan kebanyakan exco lain memakai suit hitam.

Norhizam ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap isu berkenaan sengaja dimainkan pihak tertentu seperti sebelum ini dirinya dikaitkan dengan isu seperti 'YB Gangster', 'kau kenal aku siapa?' dan isu babi.

"Tiada isu sebenarnya di sini, sebabnya menerusi surat jemputan rasmi yang diterima daripada bahagian protokol cuma menyatakan syarat berpakaian cuma 'lounge suit' tanpa menetapkan warna-warna tertentu.

"Ketika itu juga, bukan saya seorang yang memakai blazer berwarna selain hitam, bahkan ada pemimpin lain juga yang memakai warna lain seperti kelabu. Perkara ini sengaja dibangkitkan individu tertentu. Pihak terbabit tidak membaca surat jemputan, main bantai sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!