Kereta dirempuh lori mengundur

Kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid Tanah - Kampung Jeram.
Kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid Tanah - Kampung Jeram.
A
A
A

ALOR GAJAH - Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori pasir yang mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid Tanah - Kampung Jeram di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa Samsuli Sahal, 50, dalam perjalanan pulang dari pekan Masjid Tanah di sini ke Pasir Panjang di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Samsuli berkata, pacuan empat roda Nissan Navara itu dinaiki bersama isteri, Siti Khadijah Harun, 47, dua anak mereka, Nur Fatini Aisyah, 15 dan Nur Fatini Umairah, 9, serta cucu, Mohd Akil Darwis, 5, berhenti di persimpangan lampu isyarat.

"Lampu isyarat merah dan kereta saya berhenti lebih kurang 5 meter di belakang lori pasir. Secara tiba-tiba lori itu mengundur, rasanya kereta kami diseret ke dalam longkang di tepi jalan dan serentak dengan itu juga saya tidak ingat apa-apa.

"Sehinggalah saya ditarik keluar oleh orang ramai. Kejadian berlaku begitu pantas, saya tak dapat elak dan sekelip mata sahaja bahagian belakang lori itu hentam tempat duduk penumpang belakang," katanya.

Dua anggota bomba melihat Nissan Navara dinaiki lima sekeluarga yang dirempuh sebuah lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid Tanah-Kampung Jeram petang semalam.
Dua anggota bomba melihat Nissan Navara dinaiki lima sekeluarga yang dirempuh sebuah lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid Tanah-Kampung Jeram petang semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang selepas membeli basikal untuk Nur Fatini Umairah dan tidak menyangka lori berkenaan menghadapi masalah brek di persimpangan lampu isyarat di laluan berbukit yang curam itu.

"Akibat hentaman dan seretan kereta dan kami semua diseret kira-kira 5 meter ke dalam longkang di tepi jalan. Nur Fatini Umairah cedera agak parah dengan mengalami pendarahan dalam kepala.

Artikel Berkaitan:

"Dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka. Saya dan keluarganya serta pemandu lori berusia 40-an hanya cedera ringan," katanya.

Sementara itu, komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Sulaiman Talib berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.37 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera bersama kekuatan tujuh anggota.

"Apabila kesemua mangsa dikeluarkan dikeluarkan dari 4x4 itu, kita bantu pula mengeluarkan pemandu lori yang hanya cedera ringan manakala mangsa yang lain dibawa ke Hospital Alor Gajah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!