Siapa pengganti Theresa May?
LONDON - Seramai 10 individu dicalonkan untuk menggantikan bekas Perdana Menteri Britain, Theresa May dan pemimpin baharu Parti Konservatif, menurut jawatankuasa parti itu semalam.
Calon yang dinamakan itu termasuk bekas Menteri Luar, Boris Johnson, penggantinya, Jeremy Hunt, Menteri Alam Sekitar, Michael Gove, bekas Menteri Brexit, Dominic Raab, Menteri Kesihatan, Matt Hancock dan Menteri Dalam Negeri, Sajid Javid.
Selain itu, Menteri Pembangunan Antarabangsa, Rory Stewart, bekas menteri, Esther McVey dan ahli Parlimen, Andrea Leadsom serta Mark Harper.
Difahamkan, pusingan pertama pengundian akan bermula dengan dua calon pilihan utama yang mana proses itu akan diadakan pada lusa. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!