Jalan di Seksyen 16 diturap semula

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera dengan menurap semula jalan di Seksyen 16 yang dikorek untuk kerja menanam kabel 132KV.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera dengan menurap semula jalan di Seksyen 16 yang dikorek untuk kerja menanam kabel 132KV.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera dengan menurap semula jalan di Seksyen 16 yang dikorek untuk kerja menanam kabel 132KV.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah itu diambil bagi memastikan jalan tersebut selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

Kenyataan menyebut, kerja penurapan dilakukan kontraktor dilantik telah selesai.

"Pihak kontraktor mematuhi langkah-langkah keselamatan termasuk memasang tali beserta suar, kon serta papan tanda keselamatan di kawasan terlibat sepanjang kerja penurapan semula dilakukan.

"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja penurapan semula telah pun dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Sinar Harian dalam laporan 'Turapan Tak Sempurna Punca Jalan Teruk' yang disiarkan semalam menyiarkan kebimbangan pengguna menggunakan laluan itu yang sedang dalam kerja penyelenggaraan oleh TNB.

Terdahulu, tular video berdurasi seminit menunjukkan kawasan tersebut pada waktu malam yang sangat gelap dan hanya terdapat beberapa kon diletakkan di situ.

Video turut memaparkan keadaan papan tanda pemakluman kerja TNB disandarkan di tepi pokok berdekatan jalan dan terdapat longgokan batu tar dilihat bertaburan di tepi dan atas jalan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!