Pelajar mati dibelasah gara-gara tempat duduk
UTTAR PRADESH - Hanya kerana berebut tempat duduk di kelas, seorang remaja lelaki dipukul hingga mati oleh sekumpulan pelajar dalam kejadian di bandar Deoria, dekat utara India.
Insiden berlaku dua hari selepas Ranjit Kumar Singh, 17, didakwa bergaduh dengan beberapa pelajar yang berang dengan tindakan Ranjit duduk di barisan hadapan kelas.
Sabtu lalu, kumpulan tersebut bertindak memukul Ranjit dengan kayu sebelum melanggarnya dengan motosikal.
Menurut laporan media tempatan, mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Salah seorang penyerang berjaya ditahan dan polis kini sedang giat memburu empat penyerang lain. - Daily Mail
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!