Simbol persahabatan Trump, Macron mati
WASHINGTON - Foto Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron menanam pokok oak bersama di kawasan halaman Rumah Putih menjadi simbol persahabatan kedua-dua pemimpin itu kini hanya tinggal kenangan.
Pokok oak tersebut bagaimanapun dilaporkan mati selepas hubungan antara mereka menjadi semakin dingin kerana gagal mencapai persefahaman dalam beberapa isu.
Macron memberikan anak pokok oak diambil dari hutan di Perancis di mana 2,000 tentera AS terbunuh ketika Perang Dunia Pertama itu kepada Trump sebagai hadiah simbolik ketika kunjungannya ke Washington pada tahun lalu.
Beberapa hari selepas aksi kedua-dua pemimpin itu mencangkul tanah menarik perhatian lensa seluruh dunia, pokok tersebut dikatakan telah ‘hilang’ kerana dikuarantin.
“Langkah kuarantin itu perlu dilakukan ke atas mana-mana organisma hidup ke AS,” kata Duta Perancis ke Washington, Gerard Araud pada masa tersebut.
Sumber diplomatik mengesahkan pokok itu mati ketika ia dikuarantin.
Menjelang November lalu, hubungan kedua-dua presiden itu semakin tegang selepas Trump menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris 2015 selain tidak sependapat dalam beberapa isu melibatkan Iran. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!