Cerianya Ainul 'berbual' dengan ibu
LONDON - Sinar kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan bapa bayi Ainul Mardhiah, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24, yang memperlihatkan bayinya itu sedar dan seakan-akan berbual dengan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24.
Video Ainul bersama ibunya itu turut diiringi lagu latar nyanyian kumpulan UNIC, dengan tajuk lagu yang sama dengan nama bayi sembilan bulan itu, Ainul Mardhiah, berdurasi 39 saat dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.
Dalam rakaman video tersebut, bayi bertuah itu kelihatan dalam keadaan sedar dan sedang melihat ibunya. Ainul juga kelihatan seakan-akan memahami apa yang diperkatakan oleh ibunya yang berbual dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Ainul anak mama paling kuat'
Dr Amalina sebak kejayaan pembedahan Ainul
Bait-bait lagu Ainul Mardhiah itu bersama keadaan bayi berkenaan nyata menyentuh emosi bagi yang melihatnya.
Ainul juga dilihat seperti ingin berbicara dengan gerakan mulutnya yang tidak lagi tersekat dek ketumbuhan seberat 200 gram yang sebelum ini menghuni mulutnya.
Betapa bahagia melihat video tersebut dengan keadaan Ainul yang semakin ceria bersama kedua ibu bapanya di samping dijaga rapi oleh doktor pakar di sebuah hospital kanak-kanak di London.
Kelmarin, ketumbuhan sebarat 200 gram di mulut bayi Ainul yang dialami sebelum ini berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor pakar yang berlangsung selama lima jam di hospital sama di sini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!