Pemuda maut bertembung van

Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya di Bidor hari ini. Foto - Jabatan Bomba dan Penyelemat Perak
Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduknya di Bidor hari ini. Foto - Jabatan Bomba dan Penyelemat Perak
A
A
A

BIDOR - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah van di Kilometer 75 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam nahas sekitar jam 8.50 pagi itu, Muhammad Muqtadir Hamidon, 24, yang berasal dari Kampung Haji Ariff, Temoh, di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan itu berlaku.

“Siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Proton Wira dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Setibanya di tempat kejadian, dipercayai kenderaan tersebut hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar van yang sedang menuju ke Ipoh,” katanya.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Pemandu van berusia 36 tahun yang berasal dari Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan.

“Tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pertembungan dengan Proton Wira menyebabkan van remuk di bahagian kiri namun, pemandunya dilaporkan selamat. Foto - Jabatan Bomba dan Penyelemat Perak
Pertembungan dengan Proton Wira menyebabkan van remuk di bahagian kiri namun, pemandunya dilaporkan selamat. Foto - Jabatan Bomba dan Penyelemat Perak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!