Mayat ditemukan terapung di Sungai Kelantan

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berdekatan Rumah Pam Kemubu, dekat sini hari ini.
Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berdekatan Rumah Pam Kemubu, dekat sini hari ini.
A
A
A

MACHANG - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Kelantan berdekatan Rumah Pam Kemubu oleh orang awam dekat sini pagi tadi.

Kejadian pada jam 8.20 pagi tersebut segera dimaklumkan kepada agensi penyelamat untuk tindakan lanjut bagi membawa keluar mayat berkenaan.

Penemuan tersebut turut tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi pelbagai maklumat mengenainya termasuk video operasi mengeluarkan mayat tersebut.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, mangsa, Mohamad Izzudin Mohd Nor, 30 yang juga penduduk tempatan dilaporkan hilang oleh keluarganya pada Isnin lalu sebelum ditemui lemas sehari kemudian.

Tambahnya, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan setakat ini, kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!