Kenapa pengantin lelaki ini tular?
Namun beberapa keping gambar Syazwan Abdullah yang menangis dan tular di media sosial mengundang sebak kebanyakan warganet.
Menurut isteri Syazwan, Asyikin Rozi, suaminya menangis kerana teringatkan kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.
“Kisah sebenar di sebalik gambar itu adalah sebelum akad nikah, kadi bertanya kepada suami ibu bapa dia yang mana satu.
“Untuk makluman semua, dia adalah anak yatim piatu dan anak tunggal. Hanya ada saudara yang tinggal jauh. Sebab itulah dia menangis,” jelas Asyikin.
Dalam entri sama Asyikin turut berharap agar netizen tidak terus mengecam Syazwan kerana ia mungkin menyebabkan suaminya berkecil hati.
Difahamkan, Syazwan atau lebih mesra dipanggil Epul kehilangan bapa ketika dia berusia 15 hari dan ibunya meninggal dunia lima tahun lalu.
Sejak itu, dia hanya menumpang kasih ibu serta bapa saudaranya.
Sehingga ke hari ini, perkongsian Syazwan mendapat lebih 14,700 ciap semula dan lebih 15,8000 tanda suka sejak ia mula dimuat naik 5 Jun lalu.
Find yourself a man who cried in happiness for having you as his life partner. pic.twitter.com/Abfi4sXVHP
— Syazwan Abdullah (@muhdjakpo) June 9, 2019
True story behind this picture actually before akad nikah tok kadi tanya mana satu parents dia. Fyi dia anak yatim piatu and dia anak tunggal cuma ada sedara itupon jauh thats why la dia menangis. Jangan bash dia guys kang balik kerja dia baca comment aku jugak kena pujuk https://t.co/lZlqbRUyDR
— asyikin rozi (@AsyikinRozi) June 10, 2019Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
Bob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
Staf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
Bau busuk dari dalam kereta bongkar kematian Safri
Harimau Malaya hanya ada TMJ ketika ini
Polis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu
18 polis Indonesia ditahan lakukan pemerasan terhadap rakyat Malaysia