Penyakit masih merebak

Sehingga hari ini masih ada penduduk yang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Gambar kecil:Mohd Fadzli Mamok
Sehingga hari ini masih ada penduduk yang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Gambar kecil:Mohd Fadzli Mamok
A
A
A

GUA MUSANG - Penyakit radang paru-paru (pneumonia) yang menyerang penduduk orang asli suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, masih merebak.

Guru Agama Majlis Agama Islam Kelantan, Mohd Fadzli Mamok, 31, berkata, sehingga hari ini, masih ada penduduk yang dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Simptom sakit itu masih ada dan memerlukan rawatan. Ada yang demam berpanjangan, selesema dan batuk.

"Bekalan makanan juga masih belum mencukupi dan mereka memerlukan bantuan dari luar," katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat Aring 10, di sini.

Sejak jam 10 pagi tadi, laluan ke perkampungan orang asli itu ditutup untuk orang awam bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa menjalankan operasi mengesan 12 kubur mangsa.

Tambah Fadzli, empat kubur berada di kawasan berdekatan manakala lapan lagi jauh di tengah hutan.

"Lokasi kubur itu akan dikesan namun penduduk memberitahu, ia terletak di antara dua hingga tiga kilometer dari penempatan mereka.

"Manakala lapan lagi berada agak jauh melibatkan sehari perjalanan untuk sampai," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN Sah Orang Asli Bateq maut akibat Pneumonia

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!