Myanmar pintas bot bawa pelarian Rohingya
Jurucakapnya, Kyaw Htay berkata, bot membawa 106 penumpang itu dipintas pada awal pagi di kawasan terletak kira-kira 30 kilometer dari selatan bandar terbesar di Myanmar itu.
"Ada kemungkinan mereka berasal dari Rakhine seperti tahun sebelum ini," ujarnya.
Minggu lalu, pekerja bantuan memaklumkan puluhan pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh menaiki bot cuba untuk memasuki Malaysia sejak beberapa minggu lalu selepas hujan monsun berakhir pada awal Oktober lalu.
Difahamkan, lebih ramai pelarian Rohingya memilih perjalanan murah dan pendek di sepanjang pantai selatan Teluk Bengal menuju ke Yangon selepas laluan ke Thailand 'terganggu' dengan pihak berkuasa selain kosnya mahal. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!