Bagaimana memilih ikan segar?

Ikan segar biasanya berkilat warna badan dan insangnya.
Ikan segar biasanya berkilat warna badan dan insangnya.
A
A
A

PASTI ramai yang masih keliru antara ikan segar atau ikan lama saat membelinya di pasar. Jangan risau, anda boleh menilai sama ada ikan yang nak dibeli itu masih segar atau tidak. Jom ikuti petua mudah ini.

1) Warna ikan

Ikan segar biasanya memiliki kulit yang berkilat dan warnanya juga cerah berbanding ikan lama. Biasanya ikan lama kelihatan lebih pucat.

2) Bau

Ketika membeli ikan, cium baunya terlebih dahulu. Ikan segar akan berbau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.

3) Tekstur

Picitkan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isinya lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar.

4) Mata ikan

Artikel Berkaitan:

Ciri-ciri ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, berkilat dan cembung. Ikan lama biasanya kelihatan merah pada matanya.

5) Warna insang

Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.

6) Pilih ikan berlendir

Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, rasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri di atas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.

7) Sisik dan sirip kuat

Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

8) Perut tidak pecah

Jika bahagian perutnya terburai, itu menandakan ia ikan lama. Jika perutnya hampir pecah, ia bererti ikan itu sudah tidak segar.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi ya!

Sumber: myinfomaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!