'Kem dalam PKR hanya pandangan peribadi'

Tan Kar Hing
Tan Kar Hing
A
A
A

IPOH - Kewujudan ‘kem’ dalam PKR hari ini hanyalah berbentuk pandangan peribadi khususnya berhubung pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Naib Presiden PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, perkara berkenaan juga mungkin berlaku disebabkan pelantikan berkenaan tidak dibuat menerusi perbincangan dalam jawatankuasa yang telah dibentuk setelah PH mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU14 lalu.

Menurutnya, secara keseluruhannya, sememangnya ia menjadi hak Perdana Menteri untuk melantik, namun selepas kita ambil alih pentadbiran sebenarnya kita ada satu jawatankuasa yang sedia ada.

“Jadi memang wajar pelantikan itu dibincangkan dalam jawatankuasa. Bagi pendapat peribadi saya, jawatankuasa berkenaan patut dimanfaatkan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu Kar Hing berharap agar jawatankuasa berkenaan dapat ditambah baik pada masa akan datang.

Katanya, penambahbaikan berkenaan sekali gus diharap mampu menangani sebarang permasalahan terutamanya hingga mewujudkan kem tertentu dalam parti.

“Saya secara peribadi berharap agar kita boleh tambah baik jawatankuasa ini pada masa akan datang supaya lantikan yang penting sebegini boleh kita bincang dalam jawatankuasa dan kemudiannya dibawa kepada Perdana Menteri bagi urusan pelantikan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!