Penjara di Selangor, KL catat 3,700 lebihan penghuni

Seorang penghuni penjara dipeluk ahli keluarganya pada Program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri dan Sambutan Hari Ibu Bapa peringkat penghuni Penjara Sungai Buloh semalam.
Seorang penghuni penjara dipeluk ahli keluarganya pada Program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri dan Sambutan Hari Ibu Bapa peringkat penghuni Penjara Sungai Buloh semalam.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penjara di Selangor dan Kuala Lumpur mencatat lebihan seramai 3,700 orang penghuni berbanding had kapasitinya seramai 8,200 orang penghuni.

Pengarahnya, Abd Kadir Rais berkata, jumlah penghuni yang dicatatkan sehingga kini ialah 11,900 orang bagi keseluruhan Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang, Penjara Kajang Wanita dan Pusat Koreksional Puncak Alam.

“Dengan jumlah itu, seramai 2,400 anggota penguat kuasa penjara secara keseluruhan bertugas untuk menjaga keamanan penjara.

“Mungkin sahaja agensi keadilan jenayah boleh pertimbangkan pesalah dengan hukuman ringan untuk melakukan khidmat komuniti dengan pemantauan,” katanya di sini hari ini.

Beliau juga mencadangkan agensi lain berkaitan keadilan jenayah supaya bekerjasama untuk mengurangkan jumlah penghuni penjara ketika ini.

Sementara itu, Pengarah Penjara Sungai Buloh, Rosoman Abu Bakar@Che Din berkata, pada Syawal tahun ini, seramai 27 penghuni Penjara Sungai Buloh terpilih dan diberi peluang untuk bertemu dengan ahli keluarga selama kira-kira tiga jam bermula jam 10 pagi semalam.

“Matlamat program ini untuk memberi ruang kepada penghuni dan keluarga berjumpa secara bersemuka dan peluang yang diberikan ini adalah sangat terhad.

“Majlis hari ini juga merupakan sebahagian daripada program pemulihan yang ditekankan Jabatan Penjara Malaysia,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!