Kes pelajar MTD hilang diserahkan kepada IPD Bachok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kes kehilangan seorang pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Muhammad Harraz Hilmi Mohd Shukri pada Isnin lalu diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bachok, Kelantan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, kali terakhir mangsa yang berusia 16 tahun itu dilihat berada di sana.

“Kami ada menerima laporan polis daripada abang mangsa, semalam,” katanya di sini hari ini.

Semalam tular status di media sosial berhubung kenalan kepada ibu bapa Muhammad Harraz memohon orang ramai mencari remaja itu.

Status yang dikongsi hampir 200 orang itu mendakwa, kali terakhir remaja terbabit dihubungi adalah pada jam 12.40 tengah hari semalam melalui aplikasi WhatsApp. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!