Tukang buat keranda cedera

Anggota APM Yan membantu mangsa untuk dibawa ke Hospital Yan bagi mendapatkan rawatan.
Anggota APM Yan membantu mangsa untuk dibawa ke Hospital Yan bagi mendapatkan rawatan.
A
A
A

YAN - Seorang tukang membuat keranda cedera apabila mesin pemotong kayu terjatuh di atas pahanya pada jam 12.21 tengah hari tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Yan, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan terus bergegas ke lokasi yang terletak di Simpang Empat Dulang.

"Sejurus tiba di lokasi, orang awam telah pun membantu mangsa dengan membalut pada bahagian luka bagi menghalang darah dari terus keluar," katanya.

Katanya, anggota APM membawa mangsa, Saad Mat, 79 ke Hospital Yan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kecemasan boleh terus menghubungi kami di talian 04-4682680 atau 999.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!