Megat Mentor kini bergelar suami

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI yang juga bekas peserta Mentor 7, Megat atau nama lengkapnya Megat Adzuan Mazlan, 25, selamat melangsungkan majlis pernikahan di Tawau, Sabah, pada 8 Jun lalu.

Mengambil berkat sempena bulan Syawal, Megat yang juga pelantun lagu tema drama Nur 2, Tetap Kamu, memilih untuk disatukan bersama pasangannya, Nurul Bania Bahari setelah hampir setahun mengikat tali pertunangan.

Mengulas mengenai keputusannya mendirikan rumah tangga ketika namanya sedang meningkat naik, kata Megat sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, dia tidak berasa ralat kerana perancangan untuk majlis tersebut telah dibuat lebih awal sebelum menyertai program Mentor 7 lagi.

No Image Caption

“Insya-ALLAH, selagi kita berusaha, rezeki pasti ada. Saya tidak rasa terlalu cepat mengambil keputusan mendirikan rumah tangga kerana ia sudah dibincangkan sejak awal.

“Semua persediaan untuk majlis perkahwinan dirancang sebelum saya menyertai program Mentor lagi. Alhamdulillah, semua perancangan kami terlaksana dengan baik,” katanya.

Tambah bekas protege Aizat Amdan ini lagi, majlis pernikahan yang berlangsung pada sebelah pagi dan resepsi pada petang hari yang sama 4 Syawal lalu itu turut menjadi menjadi rumah terbuka bersempena hari raya.

Megast dan isteri yang juga merupakan seorang pensyarah di sebuah kolej swasta berkenalan pada tahun 2017, sebelum bertunang pada 19 Jun tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!