Pemuda tonton Avengers: Endgame 110 kali

 Agustin Alanis dari Florida telah menonton Avengers: Endgame sebanyak 110 kali.
Agustin Alanis dari Florida telah menonton Avengers: Endgame sebanyak 110 kali.
A
A
A

TALLAHASSEE - Seorang peminat tegar Marvel di Amerika Syarikat membantu kejayaan Avengers: Endgame menjadi filem pecah panggung terhebat dalam sejarah perfilemen dengan menonton filem adiwira itu sebanyak 110 kali.

Agustin Alanis dari Florida juga telah mencipta rekod Guinness baharu.

Alanis memecahkan rekod dicipta tahun lalu oleh Anthony Mitchell yang menonton Avengers: Infinity War sebanyak 103 kali yang membuatkan beliau dimasukkan ke dalam Guinness Book of World Records dan lawatan ke set Endgame.

"Saya bekerja 10 jam, menonton Endgame sebanyak dua kali pada hujung minggu sekurang-kurangnya enam jam,” kata Agustin Alanis dalam mesej di Twitter pada Isnin disertakan gambarnya dengan pekerja pawagam memegang tiketnya yang ke-110.

Filem mega pecah panggung terbitan Marvel Studios itu meraih AS$2.73 bilion (RM11.35 bilion) untuk kutipan seluruh dunia setakat ini, meletakkan di belakang Avatar yang mengutip AS$2.788 bilion (RM11.58 bilion) untuk menjadi filem terlaku sepanjang zaman.

Filem terbaru siri Avengers itu mengutip AS$1.2 bilion (RM4.99 bilion) pada minggu pertamanya April lalu.

Pemerhati industri bagaimanapun berkata filem tersebut mula hilang daya tarikan dan mungkin terpaksa berpuas hati di tempat kedua, dibelakang Avatar sahaja.

Kecuali lebih ramai peminat tegar seperti Alanis melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan Endgame mengatasi Avatar. – AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!