Pekerja dalam bidang ini dapat tidur lebih lama

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SERING mengantuk ketika berada di tempat kerja? Keadaan ini pasti acap kali berlaku kepada anda.

Namun terdapat juga pekerjaan yang memaksa anda berkorban waktu tidur anda pada waktu malam sekali gus menjejaskan kualiti waktu tidur.

Mungkin anda juga tertanya-tanya jika bertukar kerjaya, adakah anda mampu tidur mencukupi sekali gus mengubah corak hidup anda kepada lebih baik?

Menurut satu kajian oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mungkin dapat membantu anda memburu pekerjaan baharu.

CDC dalam kajiannya merekodkan lebih daripada tujuh jam setiap malam untuk masa tidur adalah mencukupi bagi mengekalkan gaya hidup sihat.

Namun kurang dari tujuh jam dianggap adalah tidak mencukupi!

Secara keseluruhan, CDC mendapati, hampir 37 peratus orang dewasa melaporkan mereka tidur tiada berkualiti.

Justeru, apakah bidang pekerjaan yang mendorong kepada anda untuk mendapatkan rehat yang mencukupi termasuk tidur lena.

Artikel Berkaitan:

Bidang pekerjaan yang membuatkan ada cukup rehat iaitu:

1. Pertanian, perikanan dan perhutanan (pertanian, nelayan, pekerja perhutanan dan pemuliharaan)

2. Pendidikan, latihan dan perpustakaan (pustakawan, guru, aktivis)

3. Perkhidmatan masyarakat dan sosial (kaunselor, pekerja agama, pekerja sosial)

4. Kehidupan, sains fizikal dan sosial (saintis dan juruteknik sains)

5. Komputer dan matematik (pakar komputer, pekerjaan sains matematik)

Jika anda salah seorang dari orang-orang yang tidak dapat cukup rehat, anda mungkin boleh mengelakkan lima bidang seperti di bawah.

Bidang pekerjaan yang membuatkan anda kurang tidur iaitu:

1. Pengeluaran (pekerja percetakan, tukang kayu, pengendali tumbuhan)

2. Penjagaan kesihatan (jururawat, pekerjaan terapi dan fizikal)

3. Pengamal perubatan dan teknikal (ahli teknologi dan juruteknik kesihatan)

4. Penyediaan makanan dan berkaitan makanan (tukang masak, pelayan)

5. Perkhidmatan perlindungan (pegawai bomba, polis, pegawai penguat kuasa undang-undang)

Kajian berkenaan juga melaporkan mereka yang kurang tidur kerana terikat kepada pekerjaan masing-masing secara tidak langsung mempengaruhi kesihatan mereka. - Forbes

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!