Sahkan solat di pejabat yang dicemari colok?

Pastikan tempat kita untuk menunaikan solat bersih dan suci daripada najis sama ada bau, warna serta rasa. -GAMBAR HIASAN.
Pastikan tempat kita untuk menunaikan solat bersih dan suci daripada najis sama ada bau, warna serta rasa. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

BEKERJA makan gaji dengan majikan bukan Islam di Malaysia bukanlah asing buat kita kerana negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Bekerjalah bersungguh-sungguh kerana kerja itu satu ibadah juga dan jangan sesekali mengabaikan suruhan Yang Maha Esa.

Bagaimana jika majikan kita yang bukan Islam itu mengamalkan ritual agamanya setiap hari dengan membakar colok dan sebagainya?

Adakah sah solat kita jika kita berada pada satu ruang pejabat itu untuk menunaikan solat?

Dalam hal itu, solat tersebut adalah sah dengan syarat dipastikan terlebih dahulu tempat tersebut bersih dan suci daripada najis sama ada bau, warna dan rasa.

Ia berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari berkenaan suruhan Nabi Muhammad SAW kepada para sahabat agar menjirus air ke kawasan yang terkena air kencing seorang badwi.

Apapun, kita dicadangkan agar menggunakan sejadah atau lapik untuk menunaikan solat.

Walau sesibuk mana pun, jangan sesekali kita culas menunaikan solat ya.

Artikel Berkaitan:

(Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!