Keluarga Adib terima sumbangan RM47,209.64

Muhammad Nasir (tiga,kiri ) menyampaikan cek kepada Mohd Kassim Abd Hamid di kediaman mereka di sini, hari ini.
Muhammad Nasir (tiga,kiri ) menyampaikan cek kepada Mohd Kassim Abd Hamid di kediaman mereka di sini, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kumpulan Media Karangkraf menyampaikan sumbangan RM47,209.64 yang dikumpul melalui kutipan Tabung #Pray4AdibKassim kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.

Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, sumbangan berkenaan merupakan inisiatif @SinarOnline yang dilancarkan pada 28 November lalu.

Katanya, jumlah yang berjaya dikumpul itu adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui akaun khas yang diwujudkan untuk membantu keluarga Muhammad Adib.

"Pada awalnya tujuan tabung ini dilancarkan adalah untuk membantu kos perubatannya, tetapi Allah SWT menjemputnya dengan lebih awal.

"Jadi hari ini kita serahkan sumbangan ini kepada keluarganya. Saya harap mereka dapat gunakan wang berkenaan dengan sebaik mungkin misalnya untuk derma, buat masjid dan sebagainya," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham Muhammad Adib di Kampung Tebengau di sini.

Menurutnya, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai integriti yang tinggi mereka tidak akan menyalahgunakan sumbangan yang diterima.

"sumbangan kepada Muhammad Adib itu tidak dicampur dengan sumbangan yang lain. Malah setiap sen yang didermakan itu kita sampaikan kepada yang berwajib," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Hassan As’ari Omar, berkata, beliau melihat sokongan rakyat Malaysia terhadap agensi penyelamat Malaysia begitu kukuh.

Artikel Berkaitan:

"Maka ia adalah sesuatu yang penting untuk melihat agensi penyelamat kita berada dalam keadaan yang baik dari segi "manpower" peralatan dan sebagainya.

"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberi sokongan terhadap kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib," katanya

Turut hadir, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Karangkraf, Hashim Anang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!