103 orang asli terima rawatan di hospital
GUA MUSANG - Seramai 103 orang asli suku kaum Bateq, Kampung Kuala Koh, di sini, menerima rawatan di hospital.
Menerusi sumber data terkini, seramai 56 pesakit luar, 42 orang ditempatkan di wad biasa manakala lima lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ia merangkumi 50 lelaki dan 53 wanita yang terdiri daripada 51 kanak-kanak bawah 12 tahun dan 52 dewasa.
Media sebelum ini melaporkan mengenai kejadian menimpa orang asli suku Batek di Kampung Kuala Koh yang didakwa dilanda penyakit misteri sehingga mengakibatkan kematian.
ARTIKEL BERKIATAN:
Tiga lagi Orang Asli Bateq dimasukkan ke ICU
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!