Angkara ular sawa!

Abd Rahman (kiri) memegang bahagian tengah ular sawa yang berjaya ditangkap di dalam reban ayam miliknya di Taman Alai Perdana di sini, pagi tadi.
Abd Rahman (kiri) memegang bahagian tengah ular sawa yang berjaya ditangkap di dalam reban ayam miliknya di Taman Alai Perdana di sini, pagi tadi.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Misteri kehilangan beberapa ekor ayam dan itik milik seorang penduduk di Taman Alai Perdana di sini akhirnya terjawab pagi tadi berikutan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang hampir tiga meter.

Penduduk terbabit, Abd Rahman Ab Salam, 60, berkata, sejak beberapa hari lalu dia menyedari kehilangan beberapa ekor ayam dan itik dari reban yang terletak berhampiran rumah.

Menurut Abd Rahman, dia sama sekali tidak menyangka kehilangan haiwan ternakannya ada kaitannya dengan ular sawa sehinggalah terserempak reptila itu di dalam reban.

"Sewaktu pulang ke rumah dari bandar Melaka kira-kira jam 8 pagi tadi saya teringat ayam dan itik di dalam reban belum diberi makan, lalu pergi ke arah reban yang terletak di hadapan rumah.

"Alangkah terkejut apabila terlihat seorang ular sawa yang saiznya agak besar sedang berlingkar di dalam reban. Terlintas di fikiran besar kemungkinan kehilangan beberapa ekor ayam dan itik sejak beberapa hari lalu adalah angkara haiwan ini," katanya ketika ditemui di Taman Alai Perdana di sini, hari ini.

Menurut Abd Rahman, dia kemudiannya terus menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangkap ular sawa berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi & Latihan APM Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd Kamil Hassan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.51 pagi dan sepasukan yang terdiri dari dua anggota serta seorang pegawai telah ke lokasi.

"Pasukan kami yang tiba kira-kira setengah jam kemudian tidak berdepan masalah untuk menangkap ular sawa berkenaan sepanjang hampir empat meter dan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram.

Artikel Berkaitan:

"Ular sawa berkenaan kemudiannya berjaya dialihkan ke lokasi selamat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!