Rumah bersepah salah wanita?

lelaki
lelaki
A
A
A

MENGAPA apabila susun atur kediaman terlihat tidak terurus kesalahan sentiasa diletakkan di atas bahu wanita, sementelah lelaki dimaafkan?

Ahli Sosiologi Universiti California di Santa Barbara, Sarah Thebaud menyifatkan situasi tersebut berlaku disebabkan streotaip jantina yang masih kuat mempengaruhi masyarakat pada hari ini.

"Biarpun kini berada dalam kehidupan tahun 2019, isu dan persepsi minda manusia berkaitan ketidaksamarataan jantina sukar untuk dihapuskan," katanya kepada The New York Times baru-baru ini.

Hasil beberapa kajian terkini mendapati wanita akan menjadi 'mangsa' persendaan apabila rumah kotor dan bersepah.

Ia disebabkan sebahagian besar masyarakat khususnya lelaki beranggapan bahawa urusan rumah tangga adalah tanggungjawab utama wanita sama ada mereka bekerja ataupun menjadi suri rumah.

Kajian berkenaan juga mendapati tugas harian wanita yang menetap bersama pasangan adalah lebih banyak berbanding tinggal bersendirian memandangkan kaum Adam enggan memberi kerjasama dari segi memasak, mengemas rumah dan membasuh baju.

Bagaimanapun, sekiranya aktiviti mengemas rumah hanya dilaksanakan wanita bimbang ia akan mengundang ketidakpuasan hati sehingga menyebabkan perbalahan kecil dalam rumah tangga.

Adalah lebih baik rutin membersihkan kediaman dilakukan secara toleransi demi kebahagiaan bersama.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, jangan menganggap rumah yang bersepah itu normal kerana impaknya boleh menimbulkan ketidakselesaan dan tekanan kepada isi rumah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!