Pemilihan Parti Konservatif: Boris Johnson dahului pusingan pertama

Tujuh calon layak untuk bertanding dalam pusingan seterusnya pada minggu depan.
Tujuh calon layak untuk bertanding dalam pusingan seterusnya pada minggu depan.
A
A
A

LONDON - Boris Johnson mendahului undian pusingan pertama dalam pemilihan pemimpin Parti Konservatif dan bakal Perdana Menteri baharu Britain.

Tiga pesaing beliau, Mark Harper, Andrea Leadsom dan Esther McVey ditewaskan Johnson dengan 114 undi menerusi undi rahsia yang diadakan di Dewan Rakyat hari ini.

Jeremy Hunt yang berada di belakang Johnson memperoleh 43 undi diikuti Michael Gove dengan 37 undi.

Difahamkan, tujuh calon layak untuk bertanding dalam pusingan seterusnya pada minggu depan disusuli proses undian akhir melibatkan persaingan dua calon utama untuk menerajui kepimpinan Tory.

Pemenang yang akan menggantikan bekas Perdana Menteri, Theresa May akan diumumkan pada 22 Julai depan.

Bekas Datuk Bandar London berusia 54 tahun itu berkata, beliau sangat gembira kerana memenangi undian pusingan pertama itu.

"Masih banyak lagi perkara perlu dilakukan," ujarnya. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!