PETALING JAYA - Biar pihak polis membuat siasatan, begitu respon Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo setelah ditanya mengenai penyebaran video klip hubungan intim yang dikaitkan seorang lelaki mirip wajah menteri. Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata, pihaknya juga akan menyemak dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan yang akan diambil. "Soalan telah ditanya berkaitan tindakan SKMM, biar saya semak dengan pihak SKMM terlebih dahulu. ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Haziq buat laporan polis "Saya ingin menyatakan di sini bahawa tindakan menyebar video ini adalah tindakan yang saya kutuk dengan sekerasnya "Kita tidak seharusnya menyokong keadaan sedemikian di mana video itu seperti itu digunakan untuk tujuan tertentu dan bagi saya politik sedemikian tidak seharusnya disokong sesiapa," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media Malam bersama Media sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran DAP Selangor hari ini. Mengulas lanjut, Gobind berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya diperlukan. "Biar polis tentukan fakta dalam kes ini dan buat siasatan lanjut dan sekiranya pihak polis meminta SKMM untuk membantu itu memang kita akan bantu. "Namun masa sama saya akan semak dahulu dengan pihak SKMM terlebih dahulu, sekiranya ada satu kenyataan akan dikeluarkan," katanya.