Siklon Gaja badai pantai timur India

Penduduk mengalihkan pokok yang tumbang akibat angin kencang dibawa Gaja.
Penduduk mengalihkan pokok yang tumbang akibat angin kencang dibawa Gaja.
A
A
A
CHENNAI - INDIA. Kawasan pantai timur India dibadai siklon Gaja, hari ini

Gaja yang membawa hujan lebat dan angin kencang berkelajuan sehingga 120 kilometer sejam membadai Tamil Nadu dan pantai berhampiran Nagapattinami serta turut menyebabkan banyak pokok tumbang dan memusnahkan kediaman.

Pihak berkuasa memaklumkan lebih 80,000 penduduk separuh daripada 12 daerah di negeri selatan telah dipindahkan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi India memaklumkan ribut itu dijangka bergerak ke barat dan beransur-ansur menjadi lemah sebelum menuju ke Laut Arab. - AFP
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!