Dituduh mengkhianati sahabat, Erra Fazira mohon maaf

- Foto Instagram Erra Fazira
- Foto Instagram Erra Fazira
A
A
A

SETELAH beberapa hari mendiamkan diri, akhir pelakon yang pernah mendapat jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira tampil memohon maaf setelah dituduh mengkhianati persahabatan oleh kawan baiknya sendiri, Datin Seri Umie Aida.

Menurut selebriti berusia 45 tahun ini, dia mengakui membuat kesilapan dan menyakiti hati teman baiknya itu.

"Kepada semua, saya mohon maaf di atas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Seri Umie Aida.

"Datin Seri Umie Aida pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga.

"Beliau memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah text saya secara baik. Datin Seri Umie (kalau) tiada bukti, dia tidak akan bersuara.

"Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya. Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya.

"Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri. Saya mohon maaf sekali lagi pada semua juga Datin Seri Umie Aida," tulisnya.

Sebelum ini, bintang utama filem Dukun, Umie Aida pernah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan tulisan 'no more fake friends' dan menyifatkan seorang rakan yang dah biasa membuat kesilapan tetapi tidak pernah belajar daripada kesilapan.

Artikel Berkaitan:

Malah dia juga menyifatkan kami itu mempunyai hati palsu dan memilih kemewahan dari kejujuran sebuah persahabatan.

Biarpun tidak menyebut nama, namun ramai netizen dapat meneka individu yang dimaksudkan itu adalah Erra selepas kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!