MPSJ, PTGS ambil inisiatif mudahkan pengguna

Noraini (lima kiri) bersama Zul-kefli (empat,kiri) bergambar selepas majlis pelancaran kiosk tersebut.
Noraini (lima kiri) bersama Zul-kefli (empat,kiri) bergambar selepas majlis pelancaran kiosk tersebut.
A
A
A

SUBANG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) mengambil inisiatif bagi melaksanakan pembayaran cukai tanah dan petak melalui mesin kiosk dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan di kaunter khususnya pada waktu puncak.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan jumlah pelanggan selepas ini susulan pengumuman oleh PTGS bagi mengenakan cukai petak kepada pemilik harta premis bertingkat pada tahun hadapan.

"Inisiatif ini diambil bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyedikann mesin kiosk MPSJ di mana mereka boleh berurusan dengan cepat tanpa perlu menunggu giliran di kaunter bayaran," katanya ketika Majlis Pelancaran Kiosk berkenaan di Ibu Pejabat MPSJ hari ini.

Hadir sama sewaktu majlis berkenaan adalah Pengarah PTGS, Datuk Zul-kefli Khalid.

Melalui mesin kiosk tersebut, pelanggan boleh melakukan semakan nombor akaun, maklumat pemilik akaun, status sekatan hak milik dan jumlah bayaran cukai secara terus malalui sistem eHasil.

Beliau berkata, mod bayaran cukai tanah, cukai petak dan cukai taksiran melalui kisok berkenaan adalah secara tunai, sama seperti kutipan di kaunter bayaran sebelum ini.

"MPSJ juga tidak mengenakan sebarang komisen ke atas kutipan cukai kepada PTGS dan pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

"Bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, MPSJ juga menyediakan empat unit mesin kiosk di Ibu Pejabat MPSJ, satu unit di Kaunter Pandu Lalu MPSJ, satu unit di Pejabat Cawangan Bandar Puteri dan satu unit di Pejabat Cawangan Seri Kembangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Noraini menjelaskan kutipan transaksi cukai tanah bagi tahun ini yang diterima di kaunter MPSJ adalah sebanyak RM1.53 juta melibatkan 11,840 transaksi.

Manakala bagi kutipan transaksi cukai taksiran PBT pula, pihaknya membuat kutipan sebanyak RM1.59 juta melibatkan 3,861 bagi tempoh sama.

"MPSJ mengharapkan usaha bersama PTGS ini dengan mempelbagaikan mod pembayaran akan dapat memudahkan pelanggan pada masa hadapan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!