Kadar pengangguran di negara ini kekal 3.4 peratus

Dr Mohd Uzir Mahidin - Foto Bernama
Dr Mohd Uzir Mahidin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kadar pengangguran di negara ini pada April lepas kekal pada 3.4 peratus bagi dua bulan berturut-turut, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh.

Mengulas laporan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada bulan sama, bilangan penganggur naik 0.4 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 523.3 ribu orang.

"Kadar penyertaan tenaga buruh pada April 2019 kekal 68.5 peratus semenjak Februari 2019, namun meningkat 0.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Selain itu, Mohd Uzir berkata bilangan tenaga buruh pada bulan itu naik 2.0 peratus berbanding April 2018 kepada 15.61 juta orang.

Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.9 peratus kepada 15.09 juta orang, katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!