Presiden Chile umum rombakan Kabinet

Teodoro Ribera
Teodoro Ribera
A
A
A

SANTIAGO - Presiden Chile Sebastian Pinera, semalam mengumumkan rombakan Kabinet bagi menggantikan enam menteri, selepas sokongan terhadap kerajaan pentadbirannya semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.

Rombakan Kabinet itu menyaksikan Teodoro Ribera, seorang peguam dan bekas Menteri Keadilan dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baharu menggantikan Roberto Ampuero.

Menteri Kerja Raya, Juan Andres Fontaine dilantik Menteri Ekonomi, menggantikan Jose Ramon Valente.

"Memimpin sering menjadi tugas yang sukar, apatah lagi ketika berlaku konfrontasi dan ekonomi dunia yang lembab," kata presiden itu selepas mengumumkan mengenai rombakan itu.

Selain itu, muka baharu turut dilantik memegang portfolio Menteri Kesihatan, Menteri Kerja Raya, Menteri Tenaga dan Pembangunan Sosial dan Tenaga.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!