Lemas terjatuh ketika betulkan lampu

Mahazir dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ketika membaiki lampu di Loji Rawatan Air Sungai Linggi itu kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Mahazir dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam ketika membaiki lampu di Loji Rawatan Air Sungai Linggi itu kira-kira jam 2.30 petang tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang kakitangan Syarikat Air Negeri Sembilan(Sains) dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam kolam Loji Rawatan Air Sungai Linggi di Rantau dekat sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Mahazir Hanif Idrus, 38, bersama seorang lagi rakan setugas sedang membuat kerja penyelenggaraan kira-kira jam 2.30 petang.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau, K Putthisigamany berkata, seramai lapan anggota bomba ke lokasi dan tiba pada jam 2.40 petang.

"Kita dapat panggilan daripada rakan mangsa yang beritahu mangsa terjatuh ke dalam kolam ketika sedang betulkan lampu. "Mangsa berjaya dikeluarkan dari kolam yang mempunyai kedalaman 5 meter kira-kira jam 3.30 petang dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, mayat mangsa yang berpakaian lengkap diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!