Ujian itu tanda ALLAH sayang, kata Abby

Abby dan Erra
Abby dan Erra
A
A
A
KECOH seketika dunia hiburan apabila dua pelakon popular yang merupakan rakan baik, iaitu Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida dikatakan 'bersengketa'.

Dan perkara itu turut menarik perhatian beberapa artis antaranya, Abby Abadi.

Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi status dimuat naik di Instagram (IG) miliknya mahu Erra Fazira yang dianggap kakak supaya kuat dan tidak berputus asa dengan ujian menimpa pelakon itu.

“ALLAH uji sebab sayang. Bahagian saya lain, kakak (Erra) lain pula. Tapi kena terus kuat okay kakakku. Ujian itu tanda ALLAH sayang. Sebab itu Dia bagi perhatian kepada kita. Dia nak kita makin dekat dengan Dia.

“Menangislah semahu-mahunya tetapi jangan putus asa dengan rahmat-Nya. ALLAH sebut dalam Al-Quran, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Yakin dengan janji-Nya okay kakak ku yang cantik, lawa dan manis selalu,” katanya.



Status yang dikongsi Abby beserta gambar bersama Erra mengenakan pakaian seragam anggota polis ketika membintangi drama Gerak Khas itu meraih lebih 22,439 tanda suka dan lebih 300 komen.

Terdahulu, Erra memuat naik permohonan maaf mengenai isu yang hangat diperkatakan mengenai dirinya susulan status dimuat naik Umie Aida pada Selasa lalu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Meski status berkenaan tidak menyatakan dengan tepat ‘sahabat’ yang dianggap pengkhianat itu ialah Erra, warga net menerusi ruangan komen bagaimanapun memetik nama pelakon itu.

Enggan perkara itu berlarutan, Erra mengambil pendekatan dengan tampil membuat permohonan maaf kepada semua termasuk Umie.

Dalam masa sama, Erra menutup ruangan komen di IG bagi mengelakkan sebarang perbincangan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh mengkhianati sahabat, Erra Fazira mohon maaf

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!