Dua kereta bertembung: 3 maut, 4 cedera

Keadaan kedua-dua kenderaan yang remum teruk di bahagian hadapan.
Keadaan kedua-dua kenderaan yang remum teruk di bahagian hadapan.
A
A
A

KUANTAN - Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Cherok Paloh Jalan Kuantan-Pekan, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali berkata, kejadian kira kira jam 4 petang itu membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan Cherry Eastar yang masing masing menghala ke Pekan dan Kuantan.

Menurutnya, kemalangan mengakibatkan pemandu Proton Saga, Nurul Jannah Bazlan, 24; penumpang hadapan, Asnawati Muslimin, 53 dan penumpang belakang, Nursyaffina Qalesya Mohammad Solahuddin, 4, meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat yang lain iaitu, penumpang Proton Saga, Nurul Syaffiya Bazlan, 17 dan bayi berusia 11 bulan Muhammad Syamil Aqmal Mohammad Solahuddin, Nasran Samsudin, 52, (pemandu Cherry), dan Masnida Muda, 46, (penumpang Cherry) mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Pekan.

"Siasatan awal mendapati kenderaan Proton Saga yang dipandu menghala ke Pekan telah masuk ke laluan bertentangan lalu berlanggar dengan Cherry Eastar di laluan menghala ke Kuantan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati jalan sedikit selekoh, dua lorong dua hala. Terdapat garisan putih putus-putus sebagai pembahagi lorong. Keadaan cuaca pula cerah," katanya.

Beliau berkata, laporan bedah siasat kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum diperoleh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kemalangan masih diteruskan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!