JPJ Perlis lelong 28 kenderaan sita 25 Jun ini

No Image Caption
A
A
A

ARAU - Sejumlah 28 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis akan dilelong 25 Jun ini.

Pengarah JPJ Perlis Shahrul Azhar Mat Dali berkata, kenderaan itu boleh dilihat di tempat simpanan JPJ di sini pada 18 hingga 20 Jun.

Buku lelongan kenderaan berkenaan berharga RM70 senaskah boleh dibeli di Unit Kewangan JPJ Perlis mulai sekarang hingga 20 Jun ini, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada penutupan Operasi Hari Raya Aidilfitri 2019 yang bermula 29 Mei lepas yang tamat semalam.

Shahrul Azhar berkata dalam operasi itu hanya seorang pemandu bas ekspres didapati positif dadah jenis kanabis dan telah diambil tindakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sejumlah 311 bas ekspres diperiksa dalam operasi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!