Haziq dibawa ke IPD Dang Wangi
KUALA LUMPUR - Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku terlibat dalam video intim dengan individu mirip menteri Kabinet dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang petang ini.
Difahamkan Haziq, 27, dibawa ke balai polis untuk proses pembebasan dengan jaminan polis.
Haziq yang berpakaian serba gelap dan bertopi tiba dengan kenderaan polis kira-kira jam 4.25 petang dengan keadaan tangan bergari sambil diiringi beberapa anggota polis.
Ketua AMK Santubong itu dibawa ke IPD Dang Wangi dari Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan.
Terdahulu sejak pagi tadi berlaku sedikit kekeliruan lokasi Haziq akan dibawa selepas menjalani pemeriksaan di HKL untuk siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii.
Petugas media dan kumpulan peguam yang mewakili Haziq dimaklumkan tiga lokasi berbeza iaitu Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Mahkamah Jalan Duta dan di IPD Dang Wangi.
Sehingga kini Haziq masih berada di IPD Dang Wangi dan petugas media masih menunggu sebarang perkembangan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN: Haziq ditahan sebelum berlepas ke Manila
Semalam Haziq dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semasa berada di terminal pelepasan antarabangsa untuk berlepas ke Manila, Filipina.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut empat peruntukan seksyen.
Sebelum ini Haziq digantung tugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!