Utamakan hak majoriti rakyat bukan perokok

A
A
A
PUTRAJAYA - Kerajaan perlu mengutamakan hak majoriti rakyat dalam isu bebas asap rokok di restoran dan premis makanan terbuka.

Pengarah Perubatan Kumpulan Tindakan Wanita mengenai Kawalan dan Kesihatan Tembakau (Mywatch), Dr Zarihah Zain berkata, perokok hanya merangkumi 20 peratus daripada penduduk Malaysia.

"Majoriti penduduk negara ini adalah bukan perokok, jadi apa hak mereka (perokok)," katanya.

Menurutnya, alasan hak asasi yang digunakan perokok untuk menentang larangan itu adalah tidak berasas.

"Hak asasi apa yg mereka perjuangkan.

"Adakah Perlembagaan Persekutuan memberi hak untuk membunuh diri yang mana merokok adalah cara mencedera dan membunuh diri secara perlahan," katanya.

Beliau berkata, hak seseorang perokok terbatas pada ketika hak orang bukan perokok dicabuli.

"Adakah seseorang perlu diberi hak untuk mencemarkan udara orang lain?

"Adakah seseorang berhak untuk mencederakan atau membunuh orang lain lebih- lebih lagi ahli keluarga sendiri?" katanya.
Artikel Berkaitan:


Zahariah berkata, Malaysia adalah sebahagian daripada Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) sejak 2005.

"Mewujudkan tempat awam sebagai kawasan bebas dari pencemaran asap rokok adalah dituntut di dalam FCTC," katanya.

Tambahnya,Malaysia mampu menjadi negara bebas asap rokok jauh lebih awal daripada sasarannya, 2045 sekiranya komited.

"Semua peruntukan yang termaktub dalam FCTC harus dilaksanakan tanpa gusar terhadap ugutan daripada kumpulan berkepentingan berasaskan keuntungan kewangan.

"Kerajaan mesti kekal meletakkan kepentingan kesihatan awam dan memelihara hak rakyat majoriti sebagai keutamaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!