Kedai bahan binaan musnah terbakar
AMPANG - Sebuah kedai bahan binaan di Jalan Bukit Belacan, di sini musnah dalam kebakaran, tadi.
Menurut kenyataan media Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.47 petang.
Sepasukan 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dan Pandan bergegas ke lokasi kejadian.
Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim memaklumkan api marak ketika mereka tiba ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan bangunan kelas C berkeluasan 80 x 100 kaki persegi dengan 80 peratus kebakaran.
"Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengawal kebakaran pada jam 6.02 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!