Kerajaan Hong Kong tangguh rang undang-undang ekstradisi

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berucap dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan hari ini. - Foto AFP
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berucap dalam sidang media di ibu pejabat kerajaan hari ini. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Pemimpin kerajaan Hong Kong hari ini berkata rang undang-undang yang bakal membenarkan ekstradisi ke China akan ditangguhkan dalam usaha menenangkan rakyat ekoran protes besar-besaran yang berlarutan sejak seminggu lalu.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam sebelum ini menerima gesaan termasuk daripada sekutu politiknya sendiri untuk menggugurkan rang undang-undang konroversi tersebut.

"Kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan undang-undang ekstradisi, memulihkan kembali komunikasi dengan semua sektor masyarakat di samping bekerja lebih keras dan mendengar pendapat ramai.

"Kami tidak menetapkan tarikh akhir untuk membentangkan rang undang-undang itu dan akan berbincang dengan ahli majlis perundangan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut," kata Lam kepada wartawan.

Portal The South China Morning Post melaporkan, Lam mengadakan mesyuarat tergempar bersama penasihatnya malam semalam ekoran tekanan memuncak dan rancangan penganjur tunjuk perasaan untuk mengadakan satu lagi himpunan besar.

Keputusan penangguhan rang undang-undang tersebut menerima pelbagai reaksi terutama daripada penyokong pembuat dasar pro-Beijing yang mengatakan pada ketika ini kerajaan harus menenangkan rakyat dan membuat penilaian semula.

Tidak kurang yang beranggapan penangguhan akibat pengaruh dalaman akan menyebabkan Hong Kong sukar ditadbir dalam jangka masa panjang.

Terdahulu, Lam yang dilantik oleh ahli jawatankuasa yang dipenuhi penyokong setia Beijing enggan menggugurkan pelan undang-undang ekstradisi meskipun menerima kritikan ramai termasuk bantahan oleh lebih sejuta penduduk bandar Hong Kong pada Ahad lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!