PKR Kota Marudu mahu Nurul Izzah tarik balik keputusan

Nurul Izzah
Nurul Izzah
A
A
A

KOTA KINABALU - PKR Kota Marudu mahu Nurul Izzah Anwar menarik balik keputusan meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Pulau Pinang selain keputusan tidak mahu memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan.

Ketua Cabangnya Sazalye Donol berkata, kepimpinan Nurul Izzah begitu penting pada masa kini bagi terus membakar semangat anggota parti selain puteri reformasi itu turut menjadi pemacu kepada aspirasi perjuangan PKR.

"Dalam pemilihan parti, PKR Cabang Kota Marudu berkempen berhabis-habisan bukan hanya memastikan kemenangan cabang kami tetapi juga untuk memberi kemenangan kepada beliau (Nurul Izzah) demi memastikan agenda reformasi dibawanya sejak 20 tahun lalu kekal relevan hingga kini.

"Kami sentiasa menyokong kepimpinan beliau kerana beliau adalah pemimpin pelapis negara yang begitu lantang bersuara dalam hal pentadbiran, dan pemimpin kerajaan harus memandang serius perkara ini bagi menterjemah agenda reformasi sebenar," katanya dalam kenyataan, di sini.

Sazalye berkata kemenangan Nurul Izzah dalam pemilihan parti baru-baru ini juga adalah isyarat daripada semua anggota parti yang mahu beliau menerajui kepimpinan PKR terutama bagi generasi muda.

Pada 17 Disember, Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan mengundur diri sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!