Polis wanita di India maut dibakar rakan sekerja

Soumya Pushpakaran maut dibakar rakan sekerja.
Soumya Pushpakaran maut dibakar rakan sekerja.
A
A
A

ALAPPUZHA - Seorang polis wanita dari daerah Alappuzha di Kerala dilaporkan maut dibakar oleh rakan sekerjanya semalam.

Soumya Pushpakaran, 34, dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki skuter apabila seorang rakan sekerja dikenali sebagai Ajas, mengejar mangsa dengan kereta.

Menurut saksi kejadian, Ajas merempuh mangsa dan menyerangnya sebelum mencurah petrol lalu membakar wanita itu yang cuba melarikan diri.

Mangsa yang juga ibu beranak tiga maut di tempat kejadian sementara penyerangnya yang turut mengalami luka kebakaran dimasukkan ke hospital.

Menurut polis, motif sebenar serangan masih dalam siasatan. - NDTV

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!