Pejabat peguam, kontraktor terbakar
JOHOR BAHRU - Dua lot kedai di Jalan Kempas Utama 1/4 dekat Taman Kempas Utama, di sini, musnah terbakar pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, seramai sembilan anggota dari BBP Tebrau bersama satu jentera serta unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kira-kira 7.06 pagi.
"11 anggota bersama satu jentera dan satu EMRS serta water tanker dari BBP Johor Bahru turut membantu operasi.
"Setibanya pasukan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran dua lot kedai setingkat struktur kekal berkeluasan 20x60 kaki setiap lot kedai.
"Lot kedai yang terlibat merupakan pejabat peguam dan pejabat kontraktor. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Beliau berkata, punca dan anggaran masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!