Datuk Ziela Jalil timang cucu

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penerbit, Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira menerima cucu perempuan apabila anaknya, Dr. Puteri Julia Nabilah, 27, selamat besalin pada malam Jumaat lalu.

Ziela menerusi ruangan Insta Story miliknya telah memuat naik video yang memaparkan bayi comel selepas selamat dilahirkan.

“My little bundle joy has arrived. Alhamdulillah Ya ALLAH”, tulisnya.

Tidak putus memanjatkan kesyukuran, Ziela juga mendoakan agar anak sulung kepada Dr. Puteri Julia ini menjadi cucu yang solehah buatnya.

Terdahulu sebelum itu, Zeiela turut mengadakan majlis doa selamat dan baby shower bersempena menunggu detik kelahiran cucunya itu beberapa hari lalu.

Dr. Puteri Julia Nabilah Tan Sri Megat Junid, mendirikan rumah tangga dengan suami, Dr. Dziya Faqhran Mahmod Fauzi, pada 1 Julai 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!