Penduduk gempar temui 29 ekor ular dalam longkang
GOMBAK - Suasana tenang di Taman Sri Batu Caves di sini gempar apabila 29 ekor ular termasuk ular sawa serta anak ular ditemui penduduk dalam longkang di kawasan perumahan tersebut.
Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.07 petang.
"Berdasarkan maklumat yang diterima ular berkenaan ditemui penduduk dalam parit dan penduduk ingatkan ia seekor.
"Namun, ular itu bergerak ke dalam lubang sehingga memaksa anggota mencangkul sebelum menemui telur ular yang baru menetas serta anak ular," katanya.
Katanya, saiz ular yang ditemui itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter.
"Anggota (APM) kemudiannya menangkap kesemua ular yang ditemui itu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!